Flavour NanoSTIX

Artikel ini akan menerangkan tentang Flavour Nanostix

Anda baru sahaja ingin berhenti dari merokok? Perkara ini bukannya mudah untuk dilakukan terutamanya apabila anda merupakan seorang perokok yang tegar. Namun, ianya tidak mustahil kerana terdapat sebahagian besar perokok yang sudahpun berhenti dari merokok. Terdapat pelbagai alternatif yang lain seperti vape dan pod sekiranya anda masih ingin merokok. Jenama-jenama yang dikenali di Malaysia adalah Caliburn, Boldpod, Nievoks, Nasty dan lain-lain. Namun, jenama pod yang terkemuka dan seringkali disebutkan di Malaysia ialah jenama NanoSTIX.

Flavour NanoSTIX merupakan jenama pod yang dikenali dan diguna pakai kerana NanoSTIX merupakan antara jenama yang terawal diperkenalkan di Malaysia. NanoSTIX merupakan pod jenis closed system yang bermaksud perisa yang digunakan adalah jenis pakai buang. Apa yang menarik berkenaan E-Rokok adalah ianya tidak mempunyai bahan-bahan kimia yang ditawarkan dari rokok seperti tar dan bahan kimia yang lain. NanoSTIX memperkenalkan pelbagai jenis flavour pod sedap dan artikel ini akan membincangkan flavour NanoSTIX yang seringkali menjadi pilihan para pengguna.

1. NanoPod Lychee Freezi

Saya syorkan anda untuk cuba produk lain terlebih dahulu kerana perisa semestinya akan membuatkan anda hanya akan mencari perisa ini dan tidak lagi menghisap perisa yang lain. NanoPod Lychee Freezi merupakan perisa yang paling hangat di pasaran flavour NanoSTIX. Rasa segar dan sangat lembut untuk tekak seperti anda sedang makan buah laici yang sebenar, dan baunya yang akan memikat hati anda.

Namun, disebabkan oleh popularitinya, perisa ini seringkali kehabisan stok disebabkan oleh penggemar perisa laici yang kebanyakannya membeli 4-6 paket sekaligus kerana terlalu banyak permintaan untuk perisa ini. Semestinya perisa ini mendapat tangga yang pertama untuk perisa kegemaran majoriti pengguna NanoSTIX.

2. NanoPod Strawberry Apple

Adakah anda sedang mencari perisa buah yang menawarkan dua rasa buah-buahan yang dicampurkan ke dalam satu perisa? Anda bernasib baik kerana perisa ini dapat menjawab soalan anda. NanoPod Strawberry Apple menawarkan rasa buah epal dan strawberi. Namun, rasa perisa ini agak keras bagi orang yang baru sahaja ingin menghisap Vape atau Pod kerana anda mungkin akan terbatuk. Jika anda merupakan perokok yang tegar dan mencari rasa yang keras, anda boleh mencuba perisa ini.

3. NanoPod Coffee Hazelnut

Perisa ini disyorkan kepada para penggemar kopi kerana perisa ini bukannya sahaja mengeluarkan asap yang berbau kopi, malah perisa ini dicampurkan dengan rasa hazelnut yang sangat berkrim membuatkan anda rasa seperti berehat di kedai kopi sambil meminum kopi kegemaran anda. Asapnya yang mengeluarkan bau kopi membuatkan anda rasa segar dan sedia untuk memulakan kerja anda semula. Malah, saya syorkan anda untuk meminum air kopi dan segera menghisap perisa ini untuk menyulam kedua-dua rasa kopi supaya anda dapat merasakan rasa kopi yang sangat lazat.

4. NanoPod Banana Vanilla

Satu lagi perisa yang sangat menarik bagi pendapat saya dan kebanyakan penggemar perisa buah-buahan iaitu perisa Banana Vanilla. Dengan gabungan kedua-dua rasa ini, perisanya menghasilkan rasa berkrim yang sangat lazat seperti anda sedang memakan kek pisang. Perisa ini semestinya perisa yang saya syorkan anda untuk merasakannya.

5. NanoPod Tabac Menthol

Adakah anda seorang perokok yang suka menghisap rokok menthol? Jika ya, perisa Tabac Menthol semestinya boleh menjadi pilihan anda. Rasa menthol yang sangat sejuk akan membuatkan anda rasa seperti berada di kutub selatan. Perisa ini juga mempunyai kadar nikotin yang sesuai untuk anda. Perisa ini juga menjadi pilihan perempuan yang merupakan bekas perokok perisa menthol.

Demikian merupakan lima perisa utama yang seringkali menjadi pilihan para pengguna NanoSTIX. Kesemua perisa ini diperbuat daripada perisa yang halal. Menarik kan? Namun, perisa-perisa ini hanyalah boleh digunakan oleh pemilik Pod NanoSTIX kerana perisa-perisa ini menggunakan pod jenis closed system.

Bagi pengguna Pod jenis Open System, terdapat pelbagai perisa yang anda boleh cuba dari pelbagai jenama lokal yang ditubuhkan di Malaysia. Malah, anda juga boleh menjadi pencipta perisa yang baru di Malaysia. Sekiranya anda ingin mencari pembekal perasa yang 100% halal dan berkualiti, anda boleh menghubungi kami di sini.

More articles

Our customer support is here to answer your questions. Whatsapp us here.