Artikel ini akan menerangkan tentang Perisa kordial jagung yang anda boleh fikirkan untuk menjadi sajian sampingan kepada pelanggan restoran anda.
Terdapat pelbagai jenis perisa yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia seperti perisa epal, pisang, anggur, laici, mangga, dan strawberi. Namun, terdapat satu perisa yang mula mendapat sambutan yang makin hangat di dalam pasaran Malaysia iaitu perisa jagung. Kordial jagung semakin banyak digunakan di dalam resipi makanan dan minuman di dalam Malaysia. Siapa yang dapat menyangka bahawa perisa jagung dapat mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan orang muda malahan orang dewasa.
Buat pengetahuan anda, permintaan yang tinggi terhadap perisa jagung telah mendorong banyak pengusaha ladang untuk menanam pokok jagung di tanah mereka. Rasa jagung yang berkrim dan manis dapat menggiurkan deria rasa penggemar rasa buah di seluruh Malaysia. Hasil tanaman pokok jagung ini telah menjana pendapatan yang sangat tinggi kerana permintaannya yang semakin menjadi popular.
Anda boleh nampak betapa banyak orang yang sanggup untuk beratur di khemah yang menjual air jagung apabila bulan Ramadhan mula menjelma. Kadang-kadang, sampai pemilik kedai tersebut terpaksa mencari stok kordial jagung yang baru dan terpaksa memberhentikan jualan air mereka buat sementara waktu kerana sambutan yang cukup hangat oleh rakyat Malaysia.
Selain itu, dalam satu laporan artikel di The Malay Mail, telah dilaporkan bahawa terdapat seorang penjual air jagung di Alor Setar telah mengaut keuntungan yang amat tinggi dalam tempoh sehari apabila dia menjual air jagung di kawasannya. Dalam laporan artikel yang bertarikh 26 Februari 2017 itu, pemilik kedai air jagung yang bernama Mohd Farizual Aiman Azmi yang sekarang sudah berumur 31 tahun pernah mendapat hasil jualan air jagung yang sangat banyak iaitu sehingga mencecah RM1,500 sehari! Banyak kan hasil jualan mereka? Ya, walaupun mereka hanya membuka khemah dan tidak menyewa kedai, mereka dapat menjana pendapatan yang sangat tinggi dengan hanya menjual air jagung sahaja. Namun, berapakah harga yang ditetapkan oleh penjual air jagung? Menurut Encik Farizual, harga yang mereka tawarkan kepada pelanggan mereka adalah seperti berikut:
- Cawan Saiz Biasa: RM2
- Cawan Special (Float): RM4
- Jagung Bungkus: RM4
- Jagung Bungkus (Float): RM6
Bayangkan sekiranya anda dapat menjual 100 unit jagung bungkus sahaja dalam tempoh sehari. Jumlah jualan yang anda dapat kaut untuk hari tersebut sudahpun mencecah RM400. Sekiranya anda menolak kos bahan buatan air jagung tersebut, anda mungkin akan mendapat untung bersih sebanyak RM300! Amaun ini jauh lebih banyak daripada gaji pekerjaan anda dalam tempoh sehari. Sekiranya anda diberhentikan kerja oleh disebabkan penularan wabak Covid 19, perniagaan air jagung ini boleh menjana pendapatan anda.
Rahsia Menu Kordial Jagung
Apa yang dilakukan oleh pemilik air jagung ini adalah mereka mencampurkan pes jagung, kordial jagung, dan susu pekat ke dalam campuran air mereka. Mereka sendiri tidak menyangka bahawa hasil jualan daripada air jagung mereka sahaja boleh mencecah angka keuntungan yang sungguh tinggi. Oleh disebabkan permintaan yang sangat tinggi, banyak pengilang air kordial telah mengambil keputusan untuk menghasilkan kordial jagung untuk dijual kepada rakyat Malaysia. Jenama kordial jagung seperti Double Lion, Afdal, Pring, Kian Heng Brothers, Gemilang, Saji, malah jenama Tamin juga telah menghasilkan produk kordial jagung untuk kegunaan para penggemar perisa jagung di Malaysia.
Selain itu, perisa jagung juga semakin banyak digunakan sebagai perisa utama untuk kek. Sebagai contoh, tin jagung manis akan digunakan sebagai antara bahan utama untuk menghasilkan kek jagung yang gebu dan sedap untuk dihidangkan sebagai kek hari jadi kanak-kanak. Terdapat juga produk bijirin yang menggunakan perisa jagung di dalam resipi mereka. Malahan aiskrim perisa jagung juga sudahpun mendapat sambutan yang hangat dan banyak dijual di merata-rata tempat di sekitar Malaysia. Akhir sekali, perisa jagung juga sudahpun mula mendapat sambutan oleh penggemar vape di Malaysia. Rasanya yang berkrim dan manis semestinya dapat menjerat hati pengguna vape.
Secara kesimpulannya, perisa jagung semakin dikenali dan tidak mustahil ianya akan menjadi perisa kegemaran rakyat Malaysia. Sekiranya anda sedang mencari pembekal perisa jagung yang diperbuat daripada bahan-bahan yang halal dan organik, anda boleh klik di link ini.